Bonjour ![]() Navigations Credits
![]() Basecode by ; Cikin Background by : Una Template by : Regina Aziz Image : Favim Song : Youtube Blog owner: Fatin Nabila Aziz
| khas buat kau yang ku sayang . .
Sabtu, 8 September 2012 | 8:03 PTG | 0 comments
Kau hadir ketika aku telah dikecewakan oleh seseorang yang bernama lelaki . kau mengubah hidup aku yang selama ni sunyi dan gelap gelita dengan kehadiran dirimu . kau membuatkan hariku ceria dengan senyumanmu tanpa aku menyedari bahawa aku sudah mula mencintai dan menyayangi dirimu . senyumanmu itu telah membuat aku terpikat padamu . setiap malam kita menghabiskan masa dengan berSMS untuk melepaskan rindu . 24 oktober 2009 aku secara rasminya telah memberikan hatiku kepadamu . kita bersama-sama menjalin rasa sayang antara satu sama lain . aku berasa sangat bahagia di samping sisimu . kau menjaga aku dengan penuh kasih sayang . kita saling mempercayai antara satu sama lain . ketika aku tengah sakit kau menjaga aku dengan penuh kesabaran dan kasih sayang . kau selalu ada ketika aku susah dan senang . pada 17 disember 2011 , 09:51 pm kau telah berjanji padaku bahawa kau takkan tinggalkan aku . aku juga berjanji padamu bahawa aku juga tidak mungkin akan tinggalkan kau . tapi takdir telah menentukan bahawa kita tak mungkin bersama . pada 21 julai 2012 , 01:27 pm kau telah memutuskan hubungan kita yang selama dua tahun sepuluh bulan kita bina bersama . tak dapat aku gambarkan perasaan hatiku pada ketika itu . aku tidak tahu bagaimana aku harus menjalani hidupku tanpa kau di sisiku . aku masih lagi memegang janji ku padamu bahawa aku takkan tinggalkan kau . walaupun sekarang kita sudah tiada apa-apa hubungan tapi aku masih menyayangi dirimu . hatiku masih belum ingin lagi mencari penggantimu . tiada siapa yang dapat menjadi penggantimu di dalam hatiku . pintu hatiku sudah tertutup untuk seseorang yang bernama lelaki . biarlah kau yang menjadi yang terakhir di dalam hatiku . aku tak mungkin berikan hatiku kepada insan yang bernama lelaki . memang aku mengaku bahawa aku masih ingat dan sayang pada kau . susah untuk aku membuang rasa sayang aku pada kau . aku juga tahu bahawa kita tak mungkin akan bersama lagi . aku reda biarlah aku hidup bersama kenangan ku bersamamu . aku takkan pernah lupakan kenangan kita bersama . menyayangi dirimu adalah kenangan yang terindah dalam hidupku walaupun sekarang kau telah pergi jauh dalam hidupku dan kau mungkin takkan kembali . tapi ingatlah aku tak mungkin akan menyayangi seseorang seperti mana aku menyayangi dirimu . hanya kau dalam hati aku selamanya . dan aku reda dengan takdir aku kalau aku ditakdirkan untuk kau kita mungkin akan berjumpa lagi . tapi kalau takdir telah menentukan bahawa aku bukan ditakdirkan untuk kau , aku harus menerima dengan hati yang reda . aku takkan mencari pengganti kau . biarlah cinta sejatiku itu datang dengan sendiri kerana aku tak mungkin akan mencari kerana aku masih menyayangi dan mencintai dirimu .
Kenangan terindah dalam hidupku 24 OKTOBER 2009- 21 JULAI 2012 ♥ |