Bonjour ![]() Navigations Credits
![]() Basecode by ; Cikin Background by : Una Template by : Regina Aziz Image : Favim Song : Youtube Blog owner: Fatin Nabila Aziz
| rindu zaman persekolahan :'(
Isnin, 31 Disember 2012 | 2:23 PG | 0 comments
hai blogger , tengok baju dalam gambar tu . . aku rindu nak pakai baju sekolah tu lagi . . memori persekolahan adalah memori paling indah dalam hidup aku . . aku dapat jumpa dengan ramai orang . . dah berapa sekolah dah aku pindah . . dari pulau pinang ke cheras ke puchong . . mula-mula aku sekolah di sekolah kebangsaan seri relau pulau pinang , then sekolah kebangsaan bayan lepas pulau pinang , lepas tu pindah ke sekolah kebangsaan cheras jaya . . akhir sekali aku pindah ke sekolah kebangsaan seri suria . . dah empat buah sekolah aku belajar time sekolah rendah . . hahaha :D . . tapi kenangan dekat sekolah rendah yang tak mungkin aku lupakan masa dekat sekolah seri suria larh . . banyak sangat memori aku dekat sekolah tu . . kalau cerita pasal sekolah seri suria first yang akan aku teringat pasal ada seorang pengawas sekolah ni jadi posmen tak berbayar . . hahaha XD . . waktu tu kitaorang tengah belajar agama . . tiba-tiba datang seorang pengawas ni nak bagi surat dekat member aku . . aku ingatkan surat apa larh yang dia nak bagi rupa-rupanya nombor telefon sepupu dia . . hahaha kelakar bila ingat balik memori tu . . tu baru memori sekolah rendah belum masuk lagi memori sekolah menengah . . sekolah menengah ??? masa mula-mula aku nak masuk sekolah menengah tu mak aku daftar aku untuk masuk ke sekolah menengah kebangsaan bukit jalil . . entah macam mana saat-saat akhir mak aku nak tukar aku masuk sekolah lain pulak . . tiba-tiba aku dapat sekolah menengah kebangsaan taman yarl . . lepas tu terus mak aku tukarkan aku masuk ke sekolah menengah kebangsaan dharma pulak . . susah betul aku nak masuk ke sekolah menengah ni kan -.-" . . bermula di sekolah menengah kebangsaan dharma ni larh segala-galanya bermula . . sekolah dharma telah memberikan aku satu memori yang cukup indah sampai sekarang aku tak mungkin akan lupakan memori tu . . disini larh bermulanya perkenalan aku dengan si dia dan rakan-rakan aku yang lain . . memori terindah aku mesti larh masa aku tingkatan dua . . aku mula kenal dengan dia lebih rapat . . tapi tak sangka hubungan kami boleh lebih daripada seorang kawan dulu sampai sekarang ni :') . . sumpah aku rindukan kenangan ketika aku berada di tingkatan dua tu . . kalau larh aku dapat undurkan masa aku nak sangat kembali pada masa tu . . masa tu lebih indah daripada masa sekarang ni . . rindunya :'( . . sekarang ni dah lama aku tak dengar khabar dari rakan-rakan aku dulu . . lepas tamat je tingkatan tiga masing-masing ikut haluan masing-masing . . aku ??? aku lepas je tamat tingkatan tiga aku mohon sekolah menengah kebangsaan seri sentosa . . tapi aku tukar ke sekolah menengah kebangsaan petaling . . hahaha . . ada larh sebabnya kenapa aku tukar masuk petaling tu . . hehehe :P . . first aku masuk petaling aku tak tahu larh nak cakap macam mana . . mula-mula aku masuk kelas budak dharma langsung tak bergaul dengan budak petaling . . sampai cikgu cakap budak kelas kitaorang ni berpuak-puak -.-" . . mula-mula tu kitaorang ingat budak petaling ni sombong tapi lama kelamaan kami semakin rapat then baru larh kami tahu yang budak petaling ni baik-baik semua . . memori tingkatan empat tak banyak tapi memori masa tingkatan lima yang paling banyak . . ohh rindunya dekat sekolah :( . .
nampak tak gambar yang dekat atas ni :) . . haa ada cerita disebalik persahabatan kitaorang berempat ni tahu . . masa tingkatan empat kitaorang tak ada larh rapat mana pun . . eyda dari kelas ekonomi asas then dia tukar masuk kelas katering . . aku ingat lagi yang aku pernah bergaduh dengan diaorang ni kecuali dengan syira tak larh . . masuk je tingkatan lima kitaorang mula rapat disebabkan ada larh sorang budak yang kitaorang tak suka ni . . tak sangka pulak yang kitaorang boleh rapat sampai macam ni sekali . . kemana pergi mesti berempat . . kadang-kadang nak keluar kelas pergi hantar barang sikit je pun mesti kitaorang empat akan ikut sekali . . hahaha :D . . sampai cikgu pun tak boleh nak cakap apa dah dengan kitaorang ni . . hahaha XD . . tapi ada orang kurang senang dengan persahabatan kitaorang berempat ni . . walaupun ada orang yang tak suka , cemburu dengan kitaorang tapi kitaorang still bersama sampai sekarang . . tiba-tiba aku teringat pulak pasal hari tu . . cikgu tengah mengajar dekat depan aku dengan syira boleh main game dalam tab . . hahaha . . korang aku rindu nak bergelak ketawa dengan korang . . bila larh kita dapat jumpa ni . . rindu nak berkumpul macam dulu . . masing-masing dah busy sekarang ni kan . . takpe nanti suatu hari nanti kita akan berkumpul macam dulu :') . . ini larh zaman persekolahan aku . . sumpah aku rindukan memori ketika aku tingkatan dua dan tingkatan lima . . dan memori ini tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila :') . . i love you so much nur asnidah bt hajis , nor azian bt ismail and norshahira bt rani :*
|